Monday, October 25, 2010

~~EKSPLORASI BIDANG SENI~~

Seni (Art dalam bahasa Inggeris) merangkumi semua aktiviti dan hasil karya manusia yang indah dan berseni (kreatif) bagi semua kaum dan bangsa di dunia. Pada masa kini, seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali dan dianggap sebagai keunggulan daya cipta manusia. Walaupun begitu, seni sukar ditakrifkan disebabkan setiap seniman mempunyai aturan dan sekatan tersendiri bagi setiap hasil kerja mereka, seni boleh dikatakan sebagai proses dan hasil dari pemilihan saluran medium, untuk menyampaikan sama ada kepercayaan, idea, rasa, atau perasaan dalam bentuk terbaik untuk saluran tersebut.
Seni sukar ditakrifkan, sebagaimana ia sukar dinilaikan, disebabkan setiap artis memilih peraturan dan tata rajah tersendiri untuk menentukan karyanya, masih boleh dikatakan bahawa seni adalah proses dan hasil pemilihan medium, set aturan untuk penggunaan medium tersebut, dan set nilai yang menentukan apa yang berhak di gambarkan melalui medium tersebut, agar dapat menyampaikan samaada kepercayaan, idea, rasa, perasaan dalam bentuk paling berkesan bagi medium tersebut. Walaupun, banyak artis terikut artis dahulu, dan sebagainya, beberapa garis panduan telah muncul untuk menetapkan bagaimana menggambarkan idea tertentu melalui simbol dan bentuk (seperti pokok selasih sebagai kekasih)
Setiap orang mempunyai pendapat tersendiri mengenai apa yang boleh dianggap seni; sebagai contoh, adakah seseorang itu boleh menghasilkan seni, sekiranya ia tidak bertujuan sebagai hasil seni? Adakah seni merupakan bentuk luahan seseorang? Adakah hasil seni dianggap seni hanya apabila ia sempurna?

Terdapat banyak cabang bidang kesenian. Masa kini, seni merujuk kepada seni yang dapat dilihat, terutamanya lukisan and ukiran, dan fotografi.
Beberapa bidang seni juga dikenali sebagai seni halus (fine arts), termasuk muzikpenulisanpuisitarian, and the teater. Cabang dari kesenian theater adalah perfileman dan animasi, dan terkini, multimedia. Mereka yang bergiat dalam bidang theater dan perfileman biasanya dikenali secara amnya sebagai seniman.
Apabila sesuatu itu dilakukan dengan begitu sempurna, ia juga boleh dianggap seni: kejayaan kejuruteraan seperti Jambatan Golden Gate (Golden Gate Bridge) boleh dianggap sebagai hasil seni. Seni reka juga dianggap sebagai satu gaya kesenian: lihat Menara Eiffel atau katedral Notre Dame. Seni reka adalah gabungan antara seni dan sains. Aturcara komputer juga boleh dianggap seni;
Seni tidak hanya untuk tujuan aesthetik; seni dan pertukangan berkaitan dengan menghasilkan benda berguna kepada seni. seni perdagangan ("komunikiasi visual") menggunakan kaedah artistik untuk menyampaikan maklumat seperti melalui pengiklanan. Kadang-kala orang melihat seni dari benda rawak yang tidak bertujuan sebagai hasil seni; seni sedemikian dikenali sebagai seni jumpa. Antara beberapa contoh bidang seni ialah :

PENULISAN

Penulisan boleh merujuk kepada dua kegiatan:
§  menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentukkan perkataan dan gagasan yang lain yang mewakili bahasa atau maklumattercatat; dan
§  penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui bahasa tulisan.
Terdapatnya beberapa kekecualian; umpamanya, penggunakan mesin taip untuk mencatat bahasa secara amnya dipanggil penaipan, dan bukannya penulisan. Penulisan merujuk kepada kedua-dua kegiatan itu, dan kedua-dua kegiatan itu boleh berlaku dengan serentak.
Tulisan dapat membantu ahli-ahli sejarah untuk memperolehi maklumat mengenai zaman silam daripada sumber ditulis, dilakar atau dipahat padabatu, dinding gua, kulit kayu, logam, gading, dan kertas.

Sistem penulisan
Sistem-sistem penulisan utama – kaedah-kaedah penulisan – secara amnya dibahagikan kepada empat kategori:
§  abjad
§  ciri.
Lagi satu kategori, ideografi (simbol untuk gagasan), tidak pernah diperkembangkan sehingga tahap yang mencukupi untuk mewakili bahasa. Yang keenam, iaitu piktografi tidak mencukupi untuk mewakili bahasa pada dirinya, tetapi seringnya menjadi teras untuk tulisan logo.
Selain daripada ini, terdapat juga pelbagai bentuk yang tidak begitu terkenal, seperti penulisan Letris yang terdiri daripada metagrafi (selepas penulisan) dan hipergrafi (penulisan super)

ORIGAMI
Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan.
Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun.
Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal daripada Cinaadalah tongkang Cina dan kotak.
Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku
Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi.

LAKONAN
Lakonan ialah salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk mengembirakan hati dengan cara meniru watak yang berlainan dengan dirinya yang sebenar. Lakonan pada mulanya bermula dengan teater sebelum beralih kepada wayang gambar apabila kamera filem mula diperkenalkan.
Di Malaysia, lakunan teater boleh dibahagikan kepada dua, iaitu lakunan traditional seperti Bangsawan, Main Puteri, Mak Yong, dan Menora, dimana watak dan jalan cerita telahpun dikekalkan dan tidak lagi berubah, walaupun setelah berlakunya perubahan zaman.
Teater moden pula merujuk kepada yang lain daripada yang di atas. Teater moden di Malaysia bergerak aktif tetapi kurang mendapat minat ramai kecuali kumpulan kecil. Usaha sedang giat dijalankan untuk mendedahkan lagi teater kepada umum.
Wayang pula mula bermula semenjak pengenalan kamera wayang pada sekitar 40an. Sekitar 50an - 60an Jalan Ampang, dan Jalan Kempas di Singapura menjadi terkenal sebagai penghasil filem-filem melayu.
Pada masa sekarang, cerita drama video telah menjadi semakin popular dan semakin banyak ditayangkan. Filem yang ditangkap dengan menggunakan filem boleh dipancarkan kepada layar wayang tanpa kehilangan mutu gambar. Filem video untuk drama talivisen tidak sesuai untuk dilayar wayang disebabkan mutu gambar menjadi kurang baik apabila diperbesarkan.

No comments:

Post a Comment