Monday, October 25, 2010

**~KEINDAHAN SENI BINA ISLAM~**



KONSEP SENI

Dari segi makna literal, seni ialah halus, indah atau permai. Dari segi istilah, seni ialah segala
yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta perasaan manusia. Dalam pengertian yang
lebih padu, ia membawa nilai halus, indah, baik dan suci : berguna dan bermanfaat serta
mempunyai fungsi dan nilai sosial.

Selain itu, keindahan adalah sesuatu yang wujud di luar diri manusia yang menikmati keindahan
itu. Ia dapat dirasa, ditanggapi dan dihayati. Allah adalah sumber daya dan sumber pemikiran
manusia manakala imaginasi dan keupayaan mencipta yang ada pada manusia adalah percikan
dari daya kreatif Allah. Oleh itu, seni boleh dibahagikan kepada 2 :
a) Seni ciptaan Allah
b) Seni ciptaan manusia
Dengan memperakukan bahawa seni juga termasuk apa yang dicipta oleh Allah , ia tidak
bermakna kita mencampuradukkan seni ciptaan manusia dengan seni ciptaan Allah.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SENI ISLAM

Kesenian Islam adalah kesinambungan daripada kesenian pada zaman silam yang telah
berkembang dan dicorakkan oleh konsep tauhid yang tinggi kepada Allah S.W.T. Kesenian Islam memiliki khazanah sejarahnya yang tersendiri dan unik. Kesenian Islam dikatakan telah
berkembang sejak zaman Nabi Daud A.S dan puteranya Nabi Sulaiman A.S dan terus
berkembang di zaman Nabi Muhammad S.A.W dan di zaman selepas kewafatan Baginda
sehingga kini. Kesenian Islam terus berkembang di dalam bentuk dan falsafahnya yang
berorientasikan sumber Islam yang menitikberatkan kesejajaran dengan tuntutan tauhid dan
syara’.

CIRI-CIRI KESENIAN ISLAM

Seni dijadikan sebagai alat menyebarkan agama dan memperkukuhkan amal kebajikan dan
kebaikan dikalangan ummah. Hasil seni boleh menjadi faktor pendorong yang intensif bagi
mengingati dan memuji Allah. Daya seni yang dikurniakan oleh Allah adalah bertujuan untuk
menimbulkan keikhlasan dan kesedaran dalam diri manusia. Dengan bakat seni yang ada, para
seniman muslim ternyata mampu menggunapakai pelbagai teknik, bentuk seni yang terbuka di
tempat yang berlainan ke dalam daerah seni dan budaya Islam.
Kesenian Islam menyahut seruan sebilangan keperluan asas masyarakatnya. Ia juga
mengukuhkan persiapan individu untuk mematuhi ajaran Allah selaras dengan tujuan asas
penciptaan mereka. Pernyataan seni ibarat kaedah di antara zat spiritual dan rangka material.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab para seniman untuk menterjemahkan idea Islam ke dalam
bahasa seni. Menurut perspektif Islam, daya kreatif seni adalah dorongan atau desakan yang
diberikan oleh Allah yang perlu digunakan sebagai bantuan untuk memeriahkan kebesaran Allah.
Selain itu, seni juga menunjukkan seni kesatuan atau kesepaduan. Ia bermatlamat meletakkan
mohor kesatuan Ilahi kepada kesetiaan perihal dan aktiviti manusia. Kesenian Islam malah
semua kesenian tradisional memang sentiasa berorientasikan kepada ‘kegunaan’ : samada untuk
spiritual seperti mihrat yang dihias dengan sinar larikan, seni dan ayat al-Quran mahupun
pindahan ke atas objek kegunaan harian.
Kesenian Islam tidak berkisar di sekitar manusia individu, ia mempunyai orientasi sosial dan
berpaksikan kepada keperluan bersama manusia.


.
SENI BINA ISLAM           

Seni bina Islam (bahasa Arab عمارة إسلامية, bahasa Parsi معماری اسلامی, bahasa Turkiİslami mimari) telah ditonjolkan pada sepanjang sejarah Islam. Istilah ini merangkumi gaya seni bina keagamaan sebagai mana juga bangunan-bangunan sekular, dan bersejarah dan juga penyataan moden, pada pembinaan struktur yang telah datang di bawah berbagai taraf pengaruh oleh kebudayaan Islam.
Prinsip jenis-jenis gaya seni bina Islam adalah; Masjid, Kubur, Istana dan Kota. Dari empat jenis ini, gaya seni bina Islam dikembangkan dan digunakan untuk bangunan-bangunan yang kurang penting seperti tempat mandi awam, air pancut dan gaya seni bina tempatan [1].


SEJARAH  SENI BINA ISLAM
Pada tahun 630 M, tentera Islam menakluk kembali bandar Mekah dari kaum Quraisy. Perlindungan suci Kaabah telah dibina balik dan didedikasikan semula pada Islam, pembinaan semula ini telah dijalankan sebelum kewafatan Nabi Muhammad pada tahun 632 M oleh seorang tukang kayu kapalHabsyah dalam gaya aslinya. Tempat suci ini dapat digunakan sebagai contoh yang paling awal gaya seni bina Islam walaupun tidak sama seperti gaya seni bina Islam hari ini. Dinding Kaabah dihiasi dengan lukisan Nabi Isa, Siti Maryam, Nabi Ibrahim, nabi-nabi lain, malaikat dan pokok-pokok. Doktrin Islam kemudiannya, bermula dari abad kelapan dengan bersumberkan Hadith, melarangkan penggunaan ikon dalam gaya seni bina, terutamanya ikon manusia dan haiwan [1].
Pada abad ke-7, tentera Muslim memasuki and menakluki wilayah yang luas. Setelah kaum Muslim telah mengambil kuasa suatu daerah, keperluan pertama mereka adalah tempat beribadah - sebuah masjid. Susun atur sederhana merupakan unsur-unsur yang digabungkan dalam semua masjid, penganut Muslim awal membina bangunan sederhana berasaskan rumah Nabi atau mengadaptasikan bangunan-bangunan sedia ada, seperti gereja, untuk kegunaan mereka.

PENGARUH DAN GAYA SENI BINA ISLAM

Gaya seni bina Islam yang dapat dikenali kini berkembang tidak lama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., yang dikembangkan dari model Rom,MesirParsi/Sassanid dan Byzantine. Contoh awal boleh dikenal pasti dengan siapnya Kubah Batu (Qubbat al-Sakhrah) di Baitulmuqaddis. Ia mempunyai ruang kekubah dalaman, kubah bulat, dan penggunaan pola hiasan diolah dalam gaya berulang (arabesque).
Masjid di Iraq yang dsiap pada tahun 847 M, menggabungkan gaya seni bina hypostyle pada deretan tiang yang menyokong sebuah dasar datar yang di atasnya sebuah menara berpilin besar dibina.
Hagia Sophia di Istanbul juga telah mempengaruhi gaya seni bina Islam. Ketika tentera Turki Uthmaniyyah menawan bandar itu dari Byzantine, mereka menukarkan gereja itu kepada sebuah Masjid (sekarang sebuah muzium) dan memasukkan unsur seni bina Byzantine ke dalam karya mereka sendiri (contohnya kubah). Hagia Sophia juga telah berkhidmat sebagai model untuk beberapa buah Masjid Turki Uthmaniyyah seperti Masjid Shehzade, Masjid Suleiman dan Masjid Rüstem Pasha.

RINGKASAN
v  Seni bina Islam telah berkembang seiring dengan seni ukir dan seni khat Islam
v  Seni bina Islam mempunyai ciri-cirinya tersendiri dan bersifat unik : mengandungi seni khat, bentuk arabesque, corak geometrid an motif seni reka
v  Wujud pengaruh yang kuat daripada ayat-ayat al-Quran, hadith dan syair-syair
v  bahasa Arab
v  Selepas kewafatan Rasulullah, seni bina terus berkembang terutama di zaman
v  Khulafa’ al-Rasyidin khususnya melalui pembinaan masjid yang dihias dengan
v  tulisan khat
v  Di zaman Bani ‘Umayyah, istana-istana khalifah turut diukir dengan seni ukir
v  yang unik. Buktinya, istana ‘Amarah yang terletak di timur Laut Mati dan di
v  Masjid al-Haram tersergam indah dengan seni bina Islam dan ukiran yang
v  bercirikan Islam
v  Di zaman kerajaan Islam di Sepanyol (Andalusia), unsur-unsur seni bina Islam
v  amat terserlah pada bangunan dan istana seperti yang terdapat pada Istana
v  Alhambra dan Masjid Cordova
v  Di zaman kerajaan Islam ‘Abbasiyyah, seni bina Islam mencapai zaman
v  keemasan kerana ciri-ciri seni bina Islam mampu bersepadu dengan seni bina
v  Parsi yang tidak mempunyai unsur-unsur seni yang bertentangan dengan Islam
v  Kerajaan Dawlah ‘Uthmaniyyah yang berpusat di Turki turut mencatatkan
v  kehebatan di dalam perkembangan seni bina Islam. Buktinya, pembinaan Masjid
v  Mihrimah, Sehzade, Suleymaniye dan Selimiye.
v  Seni bina ini terhasil dengan kepakaran para arkitek Islam seperti Sinanuddin
v  Yusuf b. Abdullah, Khayruddi dan Ahmad Pasha

No comments:

Post a Comment